1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satusama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu pelukmemeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari keranapelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatianboleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur danmemahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulanmasing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampauibatas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orangketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan denganpasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
0 komen jew..:
Post a Comment