CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Dec 23, 2010

"Perkiraan"

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi,angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Subhanallah….waallahualam..


"soal jawab ustaz azhar"

apakah hukumnya wanita memakai wangian - wangian yang kuat hingga orang2 dapat m'cium wanginya itu dengan hanya ia lalu sahaja dihadapan orang maka hukumnya adalah haram.

hukum org lelaki memakai cincin suasa - memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.

hukumnya memakai “braces” utk mencantikkan gigi - Jikalau alat tersebut di pakai dengan tujuan m'betulkan kecacatan gigi seperti gigi yang tidak rata atau t'lebih keluar maka setengah ulamak fiqh m'haruskan memakainya dan tidak di namakan mengubah cipyaan Allah swt.
lau utk kecantikkan gigi yang telah sedia elok maka hukumnya adalah di larang sebagaimana yang disebut oleh beberapa orang ulamak muktabar

hukum guna Umpan Katak Dan Anak Ikan - umpan katak untuk memancing adalah harus dengan syarat tidak disakitkan katak tersebut semasa dilekatkan kepada mata kail iaitu dengan cara dikitat dengan benang kepada mata kail.Ini adalah kerana katak termasuk haiwan muhtaram yg haram dibunuh. Dalam masalah jadikan umpan kita tidak dikira membunuh katak kerana ikan yang memakannya dan sememangnya katak adalah makanan ikan.

Begitu juga anak ikan hendaklah tidak dengan cara menyiksanya dengan disakitkan dahulu sebelum dimakan oleh ikan yang besar.

adakah insya allah tu kira janji - Lafaz InsyaAllah bukan dikira sebagai berjanji kerana ia hanya perkataan yang bertujuan mengingatkan kita bahawa kita hanya mampu merancang melakukan sesuatu tetapi Allah swt yang akan menjayakannya

memakai baju Carlsberg (Liverpool) - Haram memakai atau mengiklankan apa saja syiar2 yang haram disi syarak.Carlsberg adalah jenama arak yg haram dengan ijmak ulamak.

bercinta di universiti.xjumpa tapi sekadar sms, chatting
dan emel sahaja - haram ialah bercinta seperti kebanyakkan muda mudi skrg dimana
sms atau email menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu
diantara pasangan dan masing2 melunaskan keinginan dan keseronokkan
semata-mata.

hamil dahulu baru kahwin utk tutup malu (anak luar nikah)- jika cukup segala syarat sah nikah dan rukun2nya maka pernikahan
tersebut adalah sah. Inilah pebdapat yang muktamad dalam mazahb Syafie
dan mereka yang sependapat dengannya.


Cuma setelah bernikah makruh suami menjimak isteri tersebut jika isteri
tersebut hamil dari persetubuhan yang haram melainkan setelah isteri itu
melahirkan anak tersebut..


"Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita"


Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh
Wanita..

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke
neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak
kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. AYAHnya
Apabila seseorang yg
bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan
sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak
cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan
ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s;
Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & mengaji,hukum hakam?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah
satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. SUAMInya Apabila sang suami tidak mempedulikan
tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri
bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila
suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh
isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami,
bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan
syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya
di 'taman' neraka sana .)

3.
ABANG-ABANGnya Apabila
ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik
perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau
juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu
bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. ANAK2 LELAKInya Apabila seorang anak tidak menasihati
seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat
kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak
itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.... dan
nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan
biasa... x lepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu
api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)Lihatlah.... .betapa hebatnya
tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya
begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak
harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta
ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan
batu-batu... .

" SETELAH
MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG LAIN, UNTUK
MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI"

sekian...


"pengajaran untuk yang berakal"

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.

Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak. Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah.

Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.

Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.

MORAL & IKTIBAR

* Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur.
* Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah.
* Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan
* Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur.
* Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah
* Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya.
* Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.




"akhir zaman....."

Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim".


Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum Muslimin di hari ini.

Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!!!!!
 
 

"jangan biarkan diri kita umpama sebuah rumah yg kosong"

Abdullah bin Abbas telah meriwayatkan sabdaan Rasulullah s.a.w " seseorang yg tidak ada sebahagian pun al-Quran dalam hatinya adalah seumpama rumah yg telah ditinggalkan kosong"..HR Tirmizi,darimi dan Hakim.

Keterangan

Terdapat pepatah yg khusus tentang rumah yg ditinggalkan kosong iaitu, " Rumah yg kosong akan dikuasai oleh syaitan dan jin." Begitu jugalah dgn hati yg kosong daripada kalamullah yg suci, syaitan lebih berkuasa ke atas hati tersebut. Betapa pentingnya menghafal al-Quran telah ditekankan dalam hadis ini, sehingga dinyatakan bahawa hati ini tidak menghafal al-Quran adalah seumpama rumah yg telah ditinggalakan kosong.

Dari Abu Hurairah berkata, "Rumah-rumah yg hidup dgn amalan pembacaan al-Quran maka ahli rumah itu akan bertambah ramai, dipenuhi dgn kebaikan dan rahmat, para malaikat akan turun ke dalam rumah itu dan syaitan-syaitan akan meniggalkan rumah itu. Sementara itu, rumah-rumah yg tidak di bacakan al-Quran, kehidupan ahli rumah akan menjadi sempit dan hilang keberkatan, para malaikat meniggalkan rumah itu dan syaitan-syitan akan memasuki rumah itu."

Dari Abdullah Bi Mas'ud, beberapa orang sahabat telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Rumah yg ditinggalakan kosong adalah rumah yg tidak ada amalan pembacaan al-Quran yg mulia."


Untuk peringatan kita bersama .......

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-
Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang ( riya' )

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir
dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

sama2 kita berusaha mencari kekhusyukkan dlm solat kita...takbir!!!


"jangan fikir dgn amalan kita buat sudah layak untuk kita masuk syurga"

KISAH SEORANG HAMBA ALLAH YANG BERIBADAT SELAMA 500 TAHUN

Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya:"Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.

Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit.Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya.

Berkatalah malaikat lagi:"Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat:"masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku:" maka berkata orang itu:"Dengan disebabkan amalku?" Maka Allah s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan.Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah s.w.t. berfirman:"Masukkan ia kedalam neraka".Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata:"Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmarmu."Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat:"Bawakan ia ke mari".Kemudian Allah s.w.t. bertanya orang itu:"Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada"Lalu orang itu menjawab:"Engkau ya Allah".Kemudian Allah s.w.t. bertanya lagi:"Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?".jawab orang itu:"Ya Allah, dengan rahmatmu."Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?".Jawab orang itu:"Engkau ya Allah".Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?"

lalu orang itu berkata:"Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya."Allah s.w.t. berfirman:"Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku."Malaikat Jibrail berkata:"Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t.

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan pada hambanya, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah s.w.t. sebaliknya memohonlah dengan rahmatnya.

Sebab hanya dengan rahmat Allah s.w.t. sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya .Apabila kita memohon kepada Allah s.w.t. supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah s.w.t. memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam syurga FIRDAUS.


Lelaki Acuan AL-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.


pOMpuAn cAnTIk pAkAi tUDunG??

Message: sesungguhnya anda yg membaca ini akan bertaubat...tak kire lelaki mahupon perempuan...

1.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier nak tutup aurat...

2.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier jage maruah

3.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab sebab dier cantik

4.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier

5.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier seorang yg pandai

5.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier anak solehah

6.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier dengar ckp mak bapak dier

7.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier harmoti orang lain

8.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik

9.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt

10.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak menyusahkan orang lain

11.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat pahala

12.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat menghindari maksiat

13.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain

14.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya lelaki yg berIman je yg suker dier

15.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab mendengar suruhan nabi...

16.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya...jadi jangan sewenangx2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika anda menunjuk maknanya anda tidak bernilai kerana mahkota nada telah dilhat oleh
sumua lelaki (kecuali keluarga)

17.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki

18.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab patuh pada suami

19.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab ......byk lagi sebab...

JADI PEREMPUAN DILUAR SANA MARI LAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA
SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI PERINTAHNYA JADI INGATLAH PEREMPUAN SEMUA..............


"peringatan buat kaum Adam dan renungan buat kaum Hawa"

"Kebiasaanya manusia akan merasa bahagia bila disayangi, di beri perhatian,di ambil berat ,di cintai , kadang-kadang sedikit bangga bila diri ini dirindui .Tapi oleh kerana terlalu tabsub mengejar semua ni ,kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah melanggar perintah Allah , melanggar syariat sekaligus mencemarkan tatasusila kita sebagai muslimah yang beriman. Betapa wanita itu akal nya setipis rambutnya,….hatinya serapuh kaca….dan perasannya yang selembut sutera itu maka hendaklah di bekalkan dengan ilmu , di kuatkan kan dengan iman dan dihiasi dengan akhlak. Makhluk emosinal atau lebih dilabelkan sebagai makhluk perasa dan itulah wanita berbanding lelaki yang lebih di nobatkan kan sebagai mahkluk berakal.Wanita juga di labelkan sebagai makhluk pemalu…sukar untuk meluahkan rasa..


Rasulullah saw bersabda, "Malu dan iman itu bergandingan bila terangkat satu maka terangkatlah satu lagi"..maka ini jelas menunjukkkan kepentingan malu dalam diri setiap muslimah.Persoalannya sekarang , masihkah sifat malu ini menyelubungi diri setiap muslimah? Jika ya kenapa masih ada lagi mereka yang berani membonceng motor dengan lelaki yang bukan muhrim , mengapa ada lagi muslimah yang tidak menutup aurat , yang paling sedih bila ana terdengar ada diantara kawan ana yang bercerita tentang member mereka yang membuka aurat sedangkan dulunya aurat itu di jaga.Kenapa kita mudah mengikuti perkara yang tidak baik sedangkan perkara yang baik kita tolak ketepi.


Tapi sedarkah kita selemah-lemah wanita ini ia berjaya menguasai kaum adam yang mempunyai sembilan akal , bertapa peliknya…tapi itulah kenyataan. Bertapa kuatnya pengaruh wanita pada lelaki dan ini menunjukkan yang dunia ini telah hampir pada akhir zaman. Betul kata Rasulullah saw," Sesungguhnya kemusnahan kaum lelaki itu adalah kerana mentaati wanita-wanita mereka".. Selain daripada itu,"Kejahilan bagi kaum lelaki ialah mentaati wanita selain daripada ibunya"..Huzaifah r.a berkata ia mendengar saw bersabda di dalam khutbahnya, "Arak adalah ibu segala maksiat , wanita adalah jala syaitan dan cinta dunia adalah kepala setiap dosa."

Rangkap yang wanita adalah jala (perangkap syaitan ) menjelaskan maksud samada syaitan telah menghiasi mereka dengan begitu menarik supaya menimbulkan rangsangan ataupun lelaki yang jahat akan memandang serta menggoda mereka dengan perantaraan mereka.Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , "Wanita adalah objek yang tersorok , di mana ,apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki"At-Tirmizi.


Sedarlah kaum lelaki , di sini cabaran bagi anda maka jangan sesekali terbuai dengan tipu daya syaitan seperti firman Allah yang bermaksud:"

Wahai orang-orang yang beriman , masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan .Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling nyata bagimu.Tetapi jika kamu tergelincir (dari jalan Allah) sesudah datang padamu bukti-bukti kebenaran , maka ketahuilah , bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana”"(Al-Baqarah 208-209).. Buat kaum lelaki berwaspadalah jangan sesekali mendidik kaum wanita dengan mengikuti perintahnya kerana ia mencerminkan kejahilan anda , jangan jinakkan mereka dengan emas atau harta kerana mereka akan jadi liar dan kau semakin diperbodohkan , jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana mereka akan menderita dan kau akan sengsara. Maka pimpinlah mereka dengan jalan kebenaran ,jalan yang diredhai Allah kerana kau akan di tanya akan tanggungjawabmu itu wahai lelaki. Ibnu Umar r.a berkata :Bersabda Rasulullah Saw :"“Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan di tanya tentang mereka yg kamu pimpin .Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya .Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggumgjawab atas pimpinanmu"(Riwayat Bukhari dan muslim)..Huzaifah berkata dia mendengar Rasulullah saw bersabda :"Letakkanlah wanita pada kedudukan yang paling rendah lantaran Allah juga telah melakukan demikian" ( Razin dan Baihaqi)
meletakkan mereka pada kedudukan yang paling rendah bermaksud bahawa Allah swt juga telah berfirman mengenai mereka selepas kaum lelaki di dalam Al-Quran .

Begitu juga di dalam solat berjemaah , kaum wanita di kehendaki bersolat di bahagian terakhir .Di dalam kes persaksian , warisan dan pangkat Allah telah meletakkan wanita pada kedudukan kedua berbanding kaum lelaki . Ana harap lepas ni jangan ada pula perasaan benci pada kaum hawa , ana sekadar memberi ingatan pada golongan Adam supaya tak mudah leka , tak sedikit pun bermaksud nak mengecilkan atau merendahkan kaum hawa.. "Apa yang tak ada dalam syurga sehingga Adam inginkan Hawa"..Penciptaan wanita ini tidak sia-sia , Allah menciptakan sesuatu ,ada rahsia yang tersembunyi , ada hikmah ada kebaikannya. Rasulullah saw bersabda : "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang teratas , jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok , maka berlakulah baik pada wanita kamu” (Al-Bukhary dan muslim)...