CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Nov 8, 2010

"fear Allah.do you.."


Rasulullah SAW bersabda;
"Takut kepada Allah merupakan asas kepada segala kebijaksanaan."

Suatu ketika Rasulullah SAW datang kepada seorang sahabat yang sedang membaca Al-Quran. Tatkala sampai kepada ayat;

"Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak alangkah dahsyat keadaannya." (ar-rahman:37)

Bulu romanya tegak dan beliau hampir-hampir sesak nafas kerana tangisannya yang amat sangat. Meraunglah beliau seraya berkata;
"Aduhai! Apakah yang akan terjadi padaku pada Hari terbelahnya langit. Celakalah diriku!"

Lalu bersabda Rasulullah SAW kepadanya;
"Raunganmu menyebabkan para malaikat juga menangis."

Seorang sheikh yang masyur, Fudhail berkata;
"Perasaan takut kepada Allah, membawa seseorang itu kepada segala perkara yang baik."

Rasulullah SAW bersabda;
"Allah berfirman: Aku tidak memasukkan dua ketakutan ke dalam diri hambaKu. Jikalau dia tidak takut kepadaKu di dunia ini nescaya Aku akan takutkan dia pada hari hari akhirat. Dan jikalau dia takut kepadaKu di dunia ini, nescaya Aku selamatkannya daripada segala ketakutan pada hari Akhirat."

Rasulullah SAW juga pernah menyebut;
"Segala sesuatu akan takut kepada orang yang takut kepada Allah, sebaliknya setiap sesuatu akan menjadi punca ketakutan kepada orang yang takut selain daripada Allah."

Di dalam hadith yang lain, Rasulullah bersabda;

"Wajah yang dibasahi dengan setitik halus daripada airmata hasil daripada perasaan takut kepada Allah akan menyelamatkan orang itu daripada memasuki neraka."

"Apabila seorang Muslim menggeletar lantaran takut kepada Allah, maka segala dosanya akan gugur daripadanya sebagaimana gugurnya daun-daun daripada pohon"

"Seorang yang menangis kerana takut kepada Allah tidak boleh memasuki neraka sehinggalah susu masuk kembali ke dalam puting susu ibu (yakni sesuatu yang mustahil)"


Suatu hari bertanyalah 'Uqbah bin Amir ra kepada Rasulullah SAW;
"Apakah cara yang dapat membawa kepada keselamatan?"

Baginda menjawab;
"Tahanlah lidahmu, duduklah di dalam rumah dan tangisilah terhadap dosa-dosamu."

'Aisyah ra pernah bertanya pada Rasulullah SAW;
"Adakah sesiapa daripada pengikut-pengikut tuan yang akan memasuki syurga tanpa hisab?"

"Ya." Jawab baginda. "Seorang yang selalu menangis terhadap dosa-dosanya."

Terdapat pada hadis yang lain;

"Dua titisan yang paling disukai oleh Allah, satu titis air mata yang keluar kerana takut kepada Allah dan satu titis darah yang gugur di jalan Allah."

Oleh itu saudaraku,bagaimanakah kita?


0 komen jew..: