CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Nov 21, 2010

"sebelum kita mengeluh"

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, pikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, pikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, pikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isterimu, pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

7.Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah memandu, pikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

10. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.



“SELOKA AURAT”

Tutup aurat satu tuntutan, 
Dalam keluarga wajib tekankan, 
Kalau keras hati gunalah rotan, 
Demi melaksanakan perintah Tuhan. 

Aurat ditutup mestilah lengkap, 
Tudung litup termasuk skap, 
Mini telekong pun orang cakap, 
Elok dipandang tak payah pun 'make up'. 

Berbaju kurung bukanlah mengurung 
Lebih elok jubah jika direnung, 
Kaki pula eloklah bersarung, 
Agar syaitan susah nak bertarung. 

Kalau wanita menutup aurat, 
Orang jahat tak berani ngorat, 
Bahkan boleh menjadi ubat, 
Orang memandang boleh bertaubat. 

Pakaian moden memanglah hebat, 
Harganya mahal walaupun ketat, 
Walaupun cantik tetapi singkat, 
Orang memakai pun nampak pusat. 

Berseluar ketat baju pun ketat, 
Jarangnya pulak boleh dilihat, 
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat, 
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat. 

Apa yang aneh bila dipandang, 
Lengan pendek tapi bertudung, 
Nampak seperti orang yang kudung, 
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong 


Lagilah aneh bila di fikir, 
Baju kebaya tudung berukir, 
Nampak dada iman terjungkir, 
Kain terbelah peha terukir. 

Bila ditanya kenapa begitu, 
Dia kata fesyennya dah macam tu, 
Di dalam hati niat tertentu, 
Menggoda jantan sudahlah tentu. 

Menutup aurat boleh berfesyen, 
Tetapi jangan menunjuk eksyen, 
Sesuaikan diri ikut profesyen, 
Kalau dilaknat tak guna sesen. 

Kalau nak "Make Up" biarlah padan, 
Jangan terlebih bila berdandan, 
Minyak wangi juga fikirkan, 
Bedak dan gincu sekadar keperluan. 

Kasut tinggi cuba jauhi, 
Kerana ia melahirkan bunyi, 
Boleh menarik perhatian lelaki, 
Perbuatan ini dibenci Ilahi. 

Apatah lagi menghentakkan kaki, 
Menarik perhatian orang laki-laki, 
Melenggok punggung membinasakan diri, 
Ustaz melihat pun separuh mati. 

Buat apa nak tayang jambul, 
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol, 
Mahkota disimpan tak jadi bisol, 
Memakai tudung Islam tersimbol. 

Selokaku ini bukanlah jahat, 
Cuma saja mahu peringat, 
Kepada semua para sahabat, 
Terutama sekali rakan sejawat. 

Kalau nak ikut nasihat ini, 
Jangan bertangguh ubahlah diri, 
Benda yang baik tak payah diuji, 
Akan terserlah akhlak terpuji. 

Kepada semua kawan lelaki, 
Jangan tergelak wanita diperli, 
Keluarga kita tak terkecuali, 
Terutama sekali anak dan bini. 

Sudahkah kita tanamkan iman, 
Menutup aurat sepanjang badan, 
Ke sana sini dilindungi Tuhan, 
Keluarga menjadi contoh teladan. 




"TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT"

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'. 
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. 

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. 

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. 

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. 
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat." 

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. 

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka. 

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. 

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."


Temuduga Sbg "Calon Jenazah"

Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang 
Pengecualian

Kekosongan Jawatan:

1.Ahli Syurga Dari Awal.
2.Ahli Neraka Dari Awal.
3.Ahli Neraka Sementara ..Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan )

1.Nikmat Kubur.
2.Perlindungan Di 
Padang Mahsyar.
3.Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4.Syurga Yang Kekal 
Abadi.

Tarikh
Temuduga: Bila-Bila Masa 
Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi
Temuduga: Di Dalam Kubur (Alam
Barzakh).

Kelayakan:

1.Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil 
Saham Termasuk Saham Internet.
2.Anda Tidak Perlu 
Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
3.Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas
Yang Anda Kumpul.
4.Anda Tidak Perlu 
Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.

Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal 
Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.

Panel/Penemuduga:Mungkar Dan Nakir.

Enam
Soalan Bocor:
1.Siapa Tuhan Anda?
2.Apa Agama Anda?
3.Siapa Nabi Anda?
5.Apa Kitab Anda?
5.Di Mana Kiblat 
Anda?
6.Siapa Saudara Anda?

Cara
Memohon:

Anda Cuma Perlu 
Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan 
Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan 
Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang 
Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.


10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR 
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji 
b. Hindarkan perasaan irihati (benci) 
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia 
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL 
a. Bersihkan diri dengan bertaubat 
b. Gembirakan hati orang Mu'min 
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR 
a. Mengucap dua kalimah syahadat 
b. Suka memberi sedekah 
c. Berkata benar 
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN 
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat 
b. Sucikan perkataan dan pakaian 
c. Bersyukur dengan yang sedikit 
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN 
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia 
b. Pendekkan cita-cita dunia 
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH 
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM 
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala 
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa 
c. Berpegang teguh dengan hukum syara' 
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA 
a. Banyakkan membaca al-Quran 
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu 
c. Tinggalkan perkara yang maksiat 
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA 
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh 
b. Kasihi orang yang soleh 
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH 
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD 
a. Kasihilah Nabi ALLAH 
b. Kasihilah Rasulluah 
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH 
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH 
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH 
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH 
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH 
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


"Bila Solat Di Pandang Rendah!"

Suatu perkara yang menarik untuk dibicarakan kali ini berkenaan sikap atau tanggapan sesetengah
masyarakat memandang rendah amalan solat yang menjadi teras kepada keIslaman selepas
melafazkan kalimah syahadah. Contohnya kalau sakit sahaja maka mereka beranggapan terluputlah
kewajipan solat itu walau pun sakit tu tak seberapa. Bila anggota wudhu' berbalut luka maka itu
dijadikan alasan untuk tidak bersolat. Dan apabila berpergian ke suatu tempat yang jauh maka itu
dijadikan sandaran untuk tidak bersolat. Dan apabila sibuk sahaja, itu juga turut dijadikan modal untuk
tidak bersolat. Dan ada pula dengan mudah mengqadhakan sahaja solat apabila berlaku sebarang
gangguan. Sesetengah dikalangan kita beranggapan apabila menunaikan solat mesti lengkap dengan
kain pelikat, berbaju melayu dan bersongkok hitam. Jika tidak maka tak sempurnalah amalan solat itu.
Begitulah longgarnya fahaman berkenaan solat itu. Menjadikan kefardhuan solat hanya dilakukan di
waktu senang dan aman sahaja. Wal hal Islam meletakkan solat itu sebagai tiang agama. Bermakna
jika tiang tidak didirikan seolah-olah telah meruntuhkan agama. Kalau hanya melakukan amal soleh
seperti puasa, zakat, berakhlak mulia, tolong menolong dan segala bentuk amal yang lain tetapi solat
diabaikan. Yang pasti amal itu tidak diterima Allah. Bagaimana amalan lain hendak diterima Allah
sedangkan asas dan tiang iaitu solat tidak didirikan. Sedangkan amal-amal yang lain itu bertindak
umpama dinding, tingkap, bumbung yang melengkapkan terbinanya sebuah rumah.
Islam amat menitikberatkan supaya solat tetap diamalkan oleh hambaNya. Sebab itu Islam
menyediakan kelonggaran bagi sesiapa yang uzur yang tidak boleh bersolat seperti biasa, dibenarkan
solat duduk, kalau tak boleh di benarkan berbaring atau mengiring. Kalau tak boleh juga hanya melalui
gerakan kelopak mata pun masih dibenarkan. Begitu juga bagi yang bermusafir, Islam memberikan
bonus kepada ummatnya supaya mengerjakan solat secara jamak atau qasar. Selain itu bagi yang
tidak boleh berwuduk seperti biasa dibenarkan bertayammum. Pendek kata walau dalam keadaan mana
sekalipun situasi seseorang itu, solat pasti dikerjakan. Qadha solat hanya dibenarkan
kepada mereka yang terlupa dan tertidur sahaja. Tak lebih dari itu.
Tok anjang bukan nak mengajar itik berenang kerana memang begitu fitrahnya itik. Jika tidak diajarpun
itik tetap boleh berenang. Cumanya dalam hal solat ini kita saling memperingati di antara satu sama
lain. Kadang-kadang kita dialpakan dengan kesibukan dan kecanggihan hidup dizaman ini. Yang pasti
walau dalam keadaan mana sekalipun dan kita berada di zaman apa jua, solat lima waktu mesti
ditunaikan. Itulah amal yang tidak boleh dikesampingkan.


Bacaan Menghalau Syaitan

'Au zubillah himinasyaitan nirrajim

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang telah dikutuk oleh Allah.Bacalah ayat ini sebelum anda lakukan apa sahaja kerana dengan bacaan ini akan keluar iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga disekeliling kita, mereka akan berlari.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat diatas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 

قُل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١
اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢
لَم يَلِد وَلَم 
يولَد ﴿٣
وَلَم يَكُن لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤ 



Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah.Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Amalkanlah bersolat kerana salam pertama(ianya wajib)yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar untuk menjawab salam malaikat tersebut.

Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk khatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali(yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran.Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali,khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.


Ganjaran berkongsi pengetahuan adalah besar di akhir masa nanti..


"JALAN KE SYURGA PENUH DURI & RANJAU "

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia. 
Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan). 
Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. 

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan. 

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan. 
Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu. 
Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu. 
Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik. 

Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat. 
Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami. 
Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal. 

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.
Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran. 

Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. 




ya Allah..pilih lah aku...

ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa mengingatiMU..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa takut padaMu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa membaca ayat suci Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa menegakkan agama Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa berjihad dijalan Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa mengamalkan sunnah pesuruh Mu.
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa sujud kepada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa bersyukur kepada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa menunaika solat berjemaah
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa bertakwa kepada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa di redhai Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa menuntut ilmu yg di redhai Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa bertaubat pada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa merasa hina di sisi Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa sabar dgn ujian MU..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa dpt melawan hawa nafsu..
ya Allah,pilihlah aku masuk ke syurga Mu...




KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT.

Setiap hari, laluan jalan 
pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini 
tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita 
hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA= Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN 
KEDUA =Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan 
pendek.

KESALAHAN KETIGA =Bertudung tetapi 
baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT= Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu 
memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA= Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul 
dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM =Bertudung
tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, 
pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH =
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah
dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN= Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga 
boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita 
menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah 
tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :"Hendaknya
mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU 
MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." 
(an-Nur: 31)


"kenapa Allah buat Neraka??kenapa tak buat Syurga je??

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi 
cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri 
yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak 
berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis 
perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di 
premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya 
didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran 
bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi
garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini,
seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa 
tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, 
kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang 
mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, 
seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di 
Pasaraya XXX telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. 
Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh 
pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat:
“..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi 
peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis 
perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya,
kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat 
di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya,takut nanti tak 
sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha 
Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak:
“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat
neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? 
Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas 
telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena 
denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh 
rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen
sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..
hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. 
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak 
nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua
jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia
terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
“perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan 
syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi 
orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi 
diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang
yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa 
rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa 
yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang
kita nak? Awak rasa, adil ke?”tanya ustaz.
“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” 
rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
“Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.

“Adik, saya bagi nasihat ni 
kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga
Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum 
hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga 
orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat 
atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan
HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. 
Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan 
ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, 
untuk kebaikan diri kita juga. 


"Wanita Yang Aku.."

Wanita yang aku KASIHI

Adalah pencinta Tuhannya

Yang mengalirkan cinta, takut dan harap

Yang menguasai perjalanan hidupnya

Setiap masa

Sehingga Dia memanggilnya



Wanita yang aku RINDUI

Adalah wanita yang diwajahnya

Terpancar sinar nur Ilahi

Lidahnya basah dengan zikrullah

Disudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah



Wanita yang aku CINTAI

Yang menahan pandangan dari panahan syaitan

Sentiasa menghidupkan sunnah nabi

Biarpun namanya tidak terkenal di bumi

Tetapi di langit, dia disanjung tinggi



Wanita yang aku SAYANGI

Bersyukur dengan apa yang ada

Yang bersabar dengan apa yang tiada

Cinta kepada hidup yang sederhana

Yang tidak bermata dunia



Wanita yang aku SUKAI

Adalah sejuk mata memandang

Dek terlihat keluhuran akhlaknya

Menjadi sumber ketenangan jiwa

Bila hati bergelora



Wanita yang aku IDAMI

Adalah yang mengingatkan hatiku

Kepada Ar-Rahman Ar-Rahim

Bila rohku melupai janji kepada Ilahi



Wanita yang aku SANJUNGI

Menjadi dian kepada dirinya sendiri

Menjadi pelita kepada bakal putera puteriku

Untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari



Semoga…..

Wanita yang selalu berada dalam doaku

Adalah engkau….permaisuri hatiku


"Kelebihan berselawat keatas Rasulullah s.a.w"

Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa ,”malaikat2 telah berkata kepadaku:-

Berkata Jibrail a.s:” wahai Rasulullah s.a.w,barangsiapa yg membaca selawat keatas mu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali,maka saya kan bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar”.

Malaikat Malik a.s pula berkata:” mereka yg berselawat keatas kamu akan aku memberi mereka minum dari telagamu.”

Malaikat Israfil a.s:” mereka yg berselawat kepada mu akan ku sujud kepda Allah s.w.t dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail a.s:”bagi mereka yg berselawat kepadamu,akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi”.

Jom..kita jangan lepaskan peluang berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah,Rasul dan para Malaikat..


"kerana sebiji epal"

Di sebuah pekan kecil bernama Syam, tinggal seorang pemuda bernama
mat salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu
hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di
tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg
dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg
sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan,
tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai
itu lalu dimakan.


Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa
beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu mat
salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak
sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di
tepi sungai tersebut. Yakinlah mat salleh bahawa inilah pohon yg
dicari, maka beliau pun segera menemui 
pemilik pohon epal berkenaan.


Tatkala melihat mat salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji
epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon
tersebut bahawa mat salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik
pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan
itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh
Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan mat salleh
lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh
bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal mat salleh
pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi mat salleh berjumpa dgn
Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini
Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd
mat salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan mat salleh seandainya
beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta,
tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di
kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh
Abdullah, mat salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh
Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, mat salleh masuk ke kamar tidur dan
memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada
di dalam bilik itu, mat salleh segera 
beredar menuju ke tempat
Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh
masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan
berkata:

“Wahai mat salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku
katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke
tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli
kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak
pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah mat salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp
sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya.
Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali
Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama
Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn
gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.


10 TANDA HATI KITA MATI

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya. 

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 

7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. 



Nov 8, 2010

Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar


Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci
otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.

Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah
bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.